Pages

Tuesday, 15 November 2016

Penantian UiTM yang panjang

Diploma Penulisan Artistik ? ok firstly, assalamualaikum semua πŸ˜„ ok ok ok, berbalik pada tajuk di atas! actually, aku tak pernah taupun  kewujudan course ni . first timee tahu pun masa buat "selangkah ke uitm" tu. tu pun parent aku yang suruh pilih course tuπŸ˜‘masa nak apply upu tu, aku letak sbg pilihan terakhir πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚ waktu tu abi kata try lah apply this course 😌 sbb tu aku letak sebagai pilihan terakhir . haa gituuuu πŸ˜…πŸ˜†πŸ˜† kenapa aku letak ? sbb time tu taktau course dia mcm mana .. kerja apa... orang kata , taktau skop bidang tu lagu mana ☺️ lepas dah buat "research" berminggu2 maka, kita pun JATUH CINTA dgn course ni. butttttt, its too late!!! sbb..... aku tak dpt kemasukan upu untuk first intake tu, dan waktu tu mmg redha yg teramat sgt πŸ˜”πŸ˜“πŸ’” and masa tu semangat nak sambung belajar mmg dah nyawa2 ikan dah .... sbb masa tu member2 lain semua da sambung study ke UM,UIA,UKM,UiTM, Politeknik, Kolej komuniti...haihh semua lah dah sambung study. 

aku pun fikir bnyk2,tekad betul2.. nak tunggu second intake UiTM atau masuk je IPTS : waktu tu aku dapat KPTM KL dpt course corporate communication dgn MSU, course Foundation in MULTIMEDIA . tapii, semua tawaran ni aku TOLAK ! sbb bagi aku kenapa perlu giveup sebelum sampai ke "medan perang"?  betul takkkk ??? WALAUPUN COURSE YANG DITAWARKAN SEMUANYA ADALAH MY FAVOURITE COURSES. 😌  lps dah tolak tu, aku pun duduk rumah senyap2 πŸ˜ŒπŸ‘€ aku fikir panjang, mungkin ALLAH suruh aku berbakti to my umi , my abi dulu sementara nakmasuk universiti nanti . yaaa for them !!! my parent ! redha ALLAH terletak pada redha mereka.
yaa walaupun biasalah kadang2 buat salah... but its okayyy πŸ˜‰ tu asam garam dlm kehidupann ...ewaahhh kau ni sofia πŸ˜…

ok kita teruskan! btw, aku lupa nak gitauuu, aku dpt masuk form6. tapi aku masuk kejapp je sbb parent tak bagi  ambik form6. so aku masuk dalam 3 minggu cemtu je...

pernah juga member pandang rendah sbb aku tak sambung belajar lagi. mmg tak dinafikan aku ni jenis memilih sikit . but well, tak salah kita memilih selagi ada peluang kann πŸ˜‰πŸ˜‰ boleh je aku masuk kolej swasta sebab abi aku pun kadang2 membebel sbb dia mybe takut anak dia ni taknak sambung belajar sampai abi cakap abi sanggup tanggung pengajian aku klu aku masuk ipts nanti. well, wlupun abi mampu nak tnggung tapi aku still keras kepala nk masuk IPTA.  yelahh boleh ringankan beban di bahu juga kan 😌 so tunggu punya tunggu, aku decide nak masuk tahfiz kejappp... dalam sebulan lebih cemtu.. mana tahu dgn berkat hafaz quran , Allah beri peluang kann.. actually plan nak masuk tahfiz tu 3 bulan tapi atas sebab trtentu, terpaksa keluar awal... ( sakit teruk masa tu 😌😌) sampai la aku dapat interview uitm kos ni..  24 SEPTEMBER 2016 ... Aku ingat lagi tarikh interview πŸ˜‚lepas tu interviewer tu ckp keputusan nanti keluar bulan 11 tau. aku pun ok . balik rumah. teruskan kehidupan macam biasa ☺️ hari berganti hari sampailah hari keputusan keluar ( 3 NOVEMBER 2016 JAM 12 TGHARI) 


Actually, aku serious taktau tarikh tu keputusan uitm keluar. tahu pun sbb member aku, Alifah Ilyana yg sama2 kitorg tunggu uitm second intake ni whatsapp aku dalam pukul 12 lebih . dia tanya aku dapat tak uitm. aku reply lah ... "ehh dah keluar ke? 😱 " dia kata dah. baru je keluar. terus berdesup aku lari bukak lappy check keputusan dekat portal kemasukan pelajar . check laa dgn semangatnya... sebelum klik "semak" tu mmg istighfar, doa banyak2. then klik! 


dan inilah keputusannya ☺️


lps tu melompat2 aku lepas tengok result and terus sujud syukur. cakap dalam hati. alhamdulillah ya ALLAH atas nikmatmu ini. 

itu saja... buat post kali ini. see you guys in my next post ! insyaALLAH !!



Wednesday, 27 July 2016

lol me

Assalamuaikum semua :D 

alhamdulillah i'm back....AGAIN !!! hahahahahahhahahahahahhahh
 banyak kali juga update post cakap pasal "im back " dan sewaktu dengannya . then lepas tu terus hilang balik :') insyaAllah lepas ni akan update selalu... kalau malas tak melawat lah  






















haa ni gambar zaman muda mudi dulu (bukan dah tua tapi dikira tua juga la sebab dah habis sekolah )   heheeheheeh :P  ni gambar kelas kita tahun lepas 2015 . ahhhhh.... how i miss my classmates :'(  rindunyaaaaa.. rindu semua sebab semua tu ada perangai tersendiri yang boleh buat kita senyum dan tak kering gusi ...

so ni je la kita "payung" kenkorang semua gambar. bye! jumpa lagi dalam next post ;) 


assalamualaikum take care and have a good day everyone :*

Saturday, 4 April 2015

something new hee :)

Assalamualaikum semua ...
alhamdulillah masih diberi peluang oleh Allah untuk saya update post di blog ini. Sudah terlalu lama saya tidak membuat sebarang news dalam blog ini. buat pengetahuan semua,antara sebab saya tak update status ialah :

  1. password dan email lupa. saya ada banyak email , tambah pula kena ingat email my parents..so tulah.. hmm.. hehe 
  2. tak ada masa nak buka kalau ingat pun hahaha sebab dalam beberapa tahun kebelakangan dan kedepan ni saya busy macam pm. eh macam pak najib.haha gurau... saya terlibat dgn beberapa peperiksaan besar di sekolah menengah so (online facebook pun sekejap je, ni pulak nak berkarang di blog)
  3. busy.
  4. busy.
  5. dan sekarang (masa saya tulis post ni pun busy,cuma kesian je blog ni dah lama tak update) 
so itulah antara sebab musababnya...jadi saya dengan ini menyusun 10 jari meminta maaf.entah dah hilang cabut lari dah semua followers saya. takpe, blog ni saya jadikan diary la hehe :D 
jadi, lepas ini saya akan mengupdate lagi, insyaALLAH :)
wasalam

Thursday, 29 March 2012

Jarak Itu Menjaga Aku & Dia

Semua insan dalam dunia ini pasti pernah merasai perasaan itu. Perasaan yang tidak asing lagi dalam jiwa kita sebagai manusia. Perasaan yang kadangkala hadirnya tanpa kita duga atau kita paksa.
Memang sudah menjadi fitrah kita sebagai manusia untuk merasai perasaan itu. Cuma mungkin bagaimana perasaan itu hadir dalam diri kita berbeza bagi setiap individu.
"Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (syurga)."
[Ali 'Imran, 3:14]
Dalam diam, perasaan itu hadir di hatiku
Seperti insan lain, aku jua merasai perasaan itu. Perasaan yang bukan baru semalam berputik, tetapi telah hampir 5 tahun aku pendam. Aku sering tertanya-tanya salahkah untuk aku mempunyai perasaan yang bukan aku reka atau cipta, perasaan yang hadirnya tak pernah aku paksa, perasaan yang tak berubah sedikit pun walau banyak dugaan menimpa. Namun dalam aku melangkah menyusuri perasaan itu, aku sering dilanda rasa khuatir. Aku khuatir andainya rasa cinta ini melebihi rasa cintaku pada-Nya. Aku khuatir andai rindu yang aku pendam melebihi rinduku pada-Nya. Diri ku dan dia diikat dengan satu ikatan di dalam hati. Ikatan yang tak perlu aku dan dia lafaz melalui bicara kata.
Cukuplah rasa ini aku pendam dan dia juga memendam rasa yang sama. Jasad aku dan dia beribu batu terpisah. Hati aku dan dia juga beribu batu menjauh. Kini, wajahnya pun mungkin telah menjadi samar-samar di ingatanku. Suaranya seperti ku ingat-ingat lupa di telingaku. Rinduku padanya yang tidak menentu telah menjadi rindu yang ada hala tuju.

Saat aku dan dia menjauh
Pernah satu ketika dulu, aku kecewa dengan keadaan ini. Aku rasa seperti tidak sempurna dengan ketidakhadiran dia disisi. Namun kini, aku mengerti mengapa dia makin menjauh dari aku. Aku hormat keputusannya kerana aku tahu semua ini dia lakukan demi kebaikan aku dan dia.Teringat aku bicaranya tentang kisah kami. Kami dipertemukan dalam keadaan yang aneh sekali. Dalam keadaan saling tidak mengenali, perasaan yang tidak disangka-sangka hadir dalam diri kami. Sehingga kini, aku masih tidak mengerti bagaimana perasaan itu hadir dan bercambah sehingga ke saat ini.
Oleh itu, aku megerti mungkin pertemuan yang aneh ini harus jua dilalui dengan jalan yang aneh. Biarlah 'JARAK' ini menjadi penjaga bagi aku dan dia. Biarlah ingatanku tentang dia yang makin samar-samar di dalam hatiku menjadi penguat hubungan aku dengan ya-Rabb. Aku yakin dengan rencana yang telah tertulis untukku. Aku yakin jika tertulis jodoh antara kami, sejauh mana aku dan dia berlari menjauh, kami akan dipertemukan jua di garisan takdir antara kami nanti.

Jarak ini menjaga aku dan dia
Kini aku semakin mengerti, 'JARAK' ini bukan untuk menghukumku. Tetapi 'JARAK' ini untuk menjaga aku dan dia. Dengan 'JARAK' ini aku dan dia berjanji untuk berubah menjadi yang lebih baik. Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk memperbaiki cinta kepada Illahi.Dengan jarak ini aku dan dia berjanji untuk mencintai Pencipta kami lebih dari segalanya. Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk mendalami Islam hingga ke akar umbi. Dan Dengan JARAK ini jua aku dan dia yakin andai tiba saatnya nanti, aku dan dia akan lebih bersedia untuk melayari semua ini dengan jalan yang diredhai.
Terima kasih Ya Allah kerana memberi peluang kepadaku melalui jalan-Mu ini. Terima kasih kerana memberikan JARAK itu kepada aku dan dia.
"Ketahuilah hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang"
(Ar-Ra'd 13:28 )
Aku sedar, aku insan yang masih rapuh. Kadangkala hatiku goyah melihat keadaan sekeliling yang menekanku. Jika tidak kerana JARAK ini,mungkin aku akan mencari pelbagai alasan untuk bersama dia. Iman ku akan goyah saat terpandang wajahnya. Hatiku akan bertambah rindu saat mendengar suaranya. Moga hidayah yang diberi ini akan terus membajai hatiku. Aku yakin semua ini rencana Mu Ya Allah. Moga di akhir JARAK ini, Kau memberi kesudahan yang baik untuk aku dan dia

Thursday, 5 January 2012

Tip Kurus -> Syarat Diet Makan Lebih & Makan Kurang

Makan Lebih & Makan Kurang

EXSTRA 10 SNEK 150 KALORI
+
10 HIDANGAN 400 KALORI

 Isyarat kecemasan pada alat penimbang anda! Berat anda kini melebihi berat ideal anda. PANIK?? Ya, tentu saja anda patut merasakan begitu. Jadi, mulakan segera siren kecemasan untuk program diet anda. Jika anda tidak punya masa untuk bersenam, cuba patuhi cadangan pelan pemakanan ini terlebih dahulu. Hadkan pengambilan kalori anda tidak melebihi 1,500 kalori setiap hari. Jika konsisten, anda mampu turunkan 3 hingga 5 kg dalam 2 minggu!! 


Makan Lebih?
  1. Sayuran segar atau organik
  2. Buah-buahan segar atau buah-buahan dalam tin yang tiada penambah perisa
  3. Roti mil penuh, bijirin, pasta dan beras perang (nasi)
  4. Produk sumber protein seperti sayuran kekacang, kekacang, daging putih dari ayam dan ikan dan hanya ambil putih telur sahaja.
  5. Produk tenusu terutamanya susu rendah lemak.
Ingin tahu sebabnya?
Ini kerana komponen makanan ini rendah kalori tetapi sangat tinggi kandungan serat, vitamin dan mineral. Paling penting, kumpulan makanan ini juga rendah lemak. Salah satu cara terbaik untuk langsing adalah dengan mengurangkan 30% pengambilan lemak harian.

Makan Kurang?

  1. Daging yang tinggi lemak khususnya dari sumber daging merah, ikan yang punya asid lemak tinggi seperti ikan keli dan telur kuning. Jauhi juga segala berntuk pengambilan daging proses. Maknanya tiada burger dan hotdog dalam menu anda!
  2. Bijirin manis yang terkandung aneka buah-buahan kering.
  3. Yogurt yang dicampur buah-buahan manis. Ingat, gula juga mengandungi kalori yang tinggi.
  4. Jus buah yang diproses. Jika inginkan khasiat vitamin dari jus, kisarkan buah-buahan segar dan jangan ditambah gula. Rasa manis buah sebenarnya sudah memadai.
  5. Makanan tinggi kandungan sodium atau garam seperti kicap, sos tiram dan sebagainya.
  6. Tentu sekali anda harus kurangkan snek ringan seperti keropok atau kacang bersalut garam!
Ingin tahu sebabnya?
Mudah sahaja! Ini kerana kesemua makanan ini mengandungi gula dan garam yang tidak diperlukan tubuh. Ia juga mengandungi kuantiti kalori yang tinggi yang pastinya akan mengganggu proses diet anda. Jadi, sila kurangkan sebanyak mungkin!

TOLONG JAUHI . . . . . . 

  1. Segala jenis makanan yang bergoreng
  2. Segala jenis minuman berkafaein yang ditambah susu
  3. Segala jenis biskut atau pastri yang manis.
  4. Segala jenis makanan segera termasuklah mee segera atau makanan dingin beku yang kononnya cepat dan pantas disediakan. Ini kerana seberapa pantas tempoh penyediaannya begitu jugalah pantasnya angka 'KILOGRAM' anda akan bertambah.