Pages

Thursday 5 January 2012

Tip Kurus -> Syarat Diet Makan Lebih & Makan Kurang

Makan Lebih & Makan Kurang

EXSTRA 10 SNEK 150 KALORI
+
10 HIDANGAN 400 KALORI

 Isyarat kecemasan pada alat penimbang anda! Berat anda kini melebihi berat ideal anda. PANIK?? Ya, tentu saja anda patut merasakan begitu. Jadi, mulakan segera siren kecemasan untuk program diet anda. Jika anda tidak punya masa untuk bersenam, cuba patuhi cadangan pelan pemakanan ini terlebih dahulu. Hadkan pengambilan kalori anda tidak melebihi 1,500 kalori setiap hari. Jika konsisten, anda mampu turunkan 3 hingga 5 kg dalam 2 minggu!! 


Makan Lebih?
  1. Sayuran segar atau organik
  2. Buah-buahan segar atau buah-buahan dalam tin yang tiada penambah perisa
  3. Roti mil penuh, bijirin, pasta dan beras perang (nasi)
  4. Produk sumber protein seperti sayuran kekacang, kekacang, daging putih dari ayam dan ikan dan hanya ambil putih telur sahaja.
  5. Produk tenusu terutamanya susu rendah lemak.
Ingin tahu sebabnya?
Ini kerana komponen makanan ini rendah kalori tetapi sangat tinggi kandungan serat, vitamin dan mineral. Paling penting, kumpulan makanan ini juga rendah lemak. Salah satu cara terbaik untuk langsing adalah dengan mengurangkan 30% pengambilan lemak harian.

Makan Kurang?

  1. Daging yang tinggi lemak khususnya dari sumber daging merah, ikan yang punya asid lemak tinggi seperti ikan keli dan telur kuning. Jauhi juga segala berntuk pengambilan daging proses. Maknanya tiada burger dan hotdog dalam menu anda!
  2. Bijirin manis yang terkandung aneka buah-buahan kering.
  3. Yogurt yang dicampur buah-buahan manis. Ingat, gula juga mengandungi kalori yang tinggi.
  4. Jus buah yang diproses. Jika inginkan khasiat vitamin dari jus, kisarkan buah-buahan segar dan jangan ditambah gula. Rasa manis buah sebenarnya sudah memadai.
  5. Makanan tinggi kandungan sodium atau garam seperti kicap, sos tiram dan sebagainya.
  6. Tentu sekali anda harus kurangkan snek ringan seperti keropok atau kacang bersalut garam!
Ingin tahu sebabnya?
Mudah sahaja! Ini kerana kesemua makanan ini mengandungi gula dan garam yang tidak diperlukan tubuh. Ia juga mengandungi kuantiti kalori yang tinggi yang pastinya akan mengganggu proses diet anda. Jadi, sila kurangkan sebanyak mungkin!

TOLONG JAUHI . . . . . . 

  1. Segala jenis makanan yang bergoreng
  2. Segala jenis minuman berkafaein yang ditambah susu
  3. Segala jenis biskut atau pastri yang manis.
  4. Segala jenis makanan segera termasuklah mee segera atau makanan dingin beku yang kononnya cepat dan pantas disediakan. Ini kerana seberapa pantas tempoh penyediaannya begitu jugalah pantasnya angka 'KILOGRAM' anda akan bertambah.



1 comment:

Syamitsu said...

Tips yg paling bergune utk aq :P